Auto Featured Slider

 

Nazre Abdul Rashid Nazre Abdul Rashid Author
Title: Terma dan Syarat
Author: Nazre Abdul Rashid
Rating 5 of 5 Des:
Bagi memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan perniagaan di antara IMAN Homestay dan tetamu maka terma dan s...
Bagi memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan perniagaan di antara IMAN Homestay dan tetamu maka terma dan syarat berikut adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan penginapan di IMAN Homestay : 

Umum 
1. Penginapan IMAN Homestay hanya dibuka kepada tetamu beragama ISLAM sahaja sama ada individu, pasangan, kumpulan atau keluarga. Tetamu yang bukan mahram yang menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada sejantina sahaja. 
2. IMAN Homestay bermaksud keseluruhan rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya. 
3. Segala urusniaga adalah dalam mata wang rasmi Negara Malaysia (Ringgit Malaysia). 
4. Terma dan syarat ini adalah sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. 

Tempahan 
1. Tempahan adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu. 
2. Tetamu perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan. 
3. Segala urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah secara tunai. 
4. Tetamu yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak IMAN Homestay bergantung kepada kekosongan (availability). 
5. Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek. 

Bayaran Masuk 
1. Bayaran sewaan hendaklah dibuat sepenuhnya secara tunai sewaktu proses check-in. Cara bayaran selain bayaran tunai adalah tidak diterima. 
2. Sewaktu musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti umum, deposit jaminan sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan sewaktu tetamu check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada tetamu untuk check-out tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari atau waktu lain yang telah dipersetujui.

Penggunaan 
1. Waktu check-in ialah pada jam 2 petang dan ke atas sementara waktu check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12 tengahari. Check-in awal dan check-out lewat adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan persetujuan IMAN Homestay. 
2. Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam IMAN Homestay. 
3. Tetamu dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah disediakan. 
4. Tetamu dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan peralatan elektrik, bekalan air serta susun-atur perabot. 
5. Tetamu dilarang sama-sekali melakukan aktiviti yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam serta membawa makanan/minuman yang haram di sisi Islam. 
6. IMAN Homestay berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi setiap kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut kadar yang telah ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. 
7. IMAN Homestay berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus menginap sekiranya tetamu telah melanggar mana-mana peraturan setempat atau terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu. 
8. Perkhidmatan bilik (Room service) tidak disediakan. 
9. IMAN Homestay tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kerugian atau sebarang perkara musibah yang timbul terhadap para tetamu di atas kecuaian tetamu sendiri atau kerana disebabkan perkara yang di luar kawalan IMAN Homestay. 

Resit dan Dokumentasi 
1. Resit penginapan hanya akan dikeluarkan atas permintaan tetamu apabila bayaran penuh telah dibuat. 
2. Tetamu perlu menyimpan bukti pembayaran deposit komitmen untuk semakan semasa check-in. 
3. IMAN Homestay berhak untuk melihat dokumen tetamu seperti kad pengenalan dan sijil perkahwinan sebelum tetamu check-in sekiranya difikirkan perlu.
 
Top